Instaforex The Best Broker

The Best Broker Asia

Thursday, May 7, 2009

Bucket Carrier Vs Pipeline Builder (Bahasa Malaysia)


Suatu ketika dahulu, sebelum system pengairan kita di modenkan, ada dua orang bersaudara yang sangat akrab iaitu Pablo & Bruno yang tinggal berjiran di sebuah kampung. Mereka ini berkawan sangat rapat dan mempunyai cita cita yang sangat tinggi untuk berjaya di dalam hidup mereka. Setiap hari mereka bersembang yang suatu hari nanti, mereka berdua pasti akan menjadi kaya di dalam kampung mereka. Mereka berdua ini sangat bijak dan rajin serta kuat berusaha. Setiap hari mereka memikirkan apakah peluang yang mereka ada di dalam kampung untuk mencari pekerjaan.

Suatu hari peluang yang mereka impikan telah menjadi kenyataan. Kampong yang mereka tinggal memerlukan 2 orang pemuda untuk bekerja sebagai pembawa air dari kuala sungai ke tempat perkampungan. Akhirnya mereka berdua telah menerima tawaran untuk bekerja.

Setiap hari Pablo dan Bruno akan membawa dua baldi ke kuala sungai untuk menbawa air. Mereka bekerja dari awal pagi hinggalah ke waktu senja. Mereka di bayar upah 10sen untuk setiap timba.

‘Apa yang kita impikan kini menjadi kenyataan” kata Bruno. “Seperti tidak percaya apa yang tuhan telah takdirkan pada kita berdua” Tetapi Pablo hanya berdiam diri seakan-akan tidak bersetuju. Belakangnya, pinggang terasa sakit sekali dan tangannya lebam-lebam akibat membawa baldi yang berisi air tadi. Pablo mula memikirkan cara yang lebih baik untuk membawa air dari kuala sungai untuk ke kampung.

Pablo, Lelaki Pembina Paip Air

“Bruno, aku ada satu cadangan,” kata Pablo pada keesokan paginya. Sambil membawa baldi ke kuala sungai. Daripada kita mengankut baldi setiap hari untuk 10sen setiap baldi, apa kata kalau kita membina satu sistem paip dari sungai terus ke kampung.”

“Sistem Paip” Siapa yang pernah buat seperti ini? Nada perli dari Bruno. ”Kan kita dah ada cara yang baik, aku boleh bawa 100 baldi setiap hari. RM10 untuk setiap hari. Nah bukankah lumayan upahnya.”Aku boleh jadi kaya” Hujung minggu ini aku boleh pergi membeli sepasang kasut yang suda lama aku idamkan. Hujung bulan aku boleh membeli seekor lembu pula.. 6 bulan yang akan datang aku pasti boleh membina sebuah rumah untuk ibu ku. Kita telah miliki pekerjaan yang paling baik di daerah ini. Kita diberi cuti setiap hujung minggu dan bonus tahunan setiap tahun. Kita telah miliki apa yang kita impikan selama ini.” Pergi jahanam dengan sistem paip yang engkau cadangkan tadi”

Pablo tidak berputus asa dengan celaan dari rakannya tadi. Dia bercadang untuk bekerja separuh hari untuk mengangkut baldi dan separuh hari lagi untuk membina sistem paip yang beliau impikan. Rintangan yang paling ketara ialah kesusahan Pablo untuk mengorek lubang di tanah batu yang begitu keras sekali. Upahnya juga kini cuma tinggal separuh sahaja untuk setiap hari. ”Ahhh aku tak kisah, ini Cuma untuk sementara waktu sahaja” kata hati Pablo. Ia cekal dan percaya dengan diri nya sendiri, dan beliau tahu ia mungkin mengambil masa berbulan lamanya untuk membina sistem paip yang beliau impikan.

Bruno dan orang kampong telah mula mengejek Pablo, mereka menggelarkan Pablo orang paip. Bruno yang mempunyai pendapatan 2x ganda lebih dari Pablo kini beliau memiliki sebuah rumah dan kereta kuda. Orang kampong ramai menyanjungi Bruno dengan usha yang beliau lakukan untuk menjadi orang yang kaya di dalam kampung.

Tindakan Kecil Memberi Imbuhan yang Luar Biasa

Setiap minggu Bruno menikmati hujung minggu yang sangat baik, berborak, berjenaka ramai rakan-rakan yang bersamanya. Pablo terus tekun membina sistem paip yang beliau impikan. Selagi sistem paip Pablo belum siap di bina selagi itulah segala usahanya belum berhasil. Kerjanya sangat teruk sekali kerana beliau bekerja lebih masa setiap hari dan minggu. Pablo tetap bersemangat, Pengorbanan hari ini akan memberi hasil kejayaan yang pasti mengembirakan di masa akan datang. Beliau terus tekun mengali lubang dan menyambung paip setiap masa.

”Kesakitan, Kesusahan ini hanya bersifat sementara, Ia pasti di bayar selepas ini buat selama-lamanya” Bisik hati kecil Pablo.
Hari silih berganti dan bulan silih bertukar, suatu hari Pablo sedar paip yang di bina selama ini Cuma tinggal separuh sahaja yang beliau perlu siapkan. ”Wah... Ini bermakna aku Cuma perlu berjalan separuh sahaja , tak perlu lagi berjalan sehingga ke kuala sungai” kata Pablo. Sistem paip Pablo semakin hari semakin hampir siap di sebabkan masa yang beliau jimatkan.

Semasa Pablo berehat seketika , Kelihatan Bruno sedang membawa baldi. Bahunya kelihatan senget dan sedikit bongkok akibat bebanan air yang di bawa. Keadaan Bruno begitu berbeza sekali dari awal awal beliau mula bekerja. Langkahnya tidak sepantas dahulu. Terdengar keluhan dari Bruno, betapa bodohnya diri beliau membawa baldi setiap hari untuk seumur hidup beliau.

Kini Bruno mulai kurang bersiar-siar disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Kerja keras setiap hari telah menjejaskan kesihatan beliau. Bruno tidak seceria dulu. Tidak lagi berjenaka dan kini tiada rakan-rakan nampak bersamanya. Bruno lebih suka menyendiri. Kadang-kadang kedengaran juga orang kampung memanggil beliau Bruno si pembawa baldi.

Berita Gembira buat Pablo...

Akhirnya hari yang di nantikan telah tiba. Sistem paip dari kuala sungai ke kampung telah siap di bina. Orang kampung, kehairanan melihat air bercurahan dari sungai terus ke kampung. Kini kampung mereka telah memilik air yang berterusan untuk siang dan malam. Ramai juga orang kampung bersebelahan telah berhijrah ke kampung Pablo untuk memiliki air yang bersih dan berterusan. Nah.... kini Pablo tidak perlu lagi membawa baldi.

Air terus mengalir setiap masa tak kira siang atau malam. Bah kan ketika Pablo pergi ber siar-siar di waktu biasa beliau masih menerima pendapatan melaui sistem paipnya. Lagi banyak orang kampung menggunakan air, maka lebih banyak la juga pendapatan yang Pablo terima.

Kini orang kampung menggelarkan beliau sebagai seorang yang sangat ”Luar Biasa” Ketua kampung juga amat berbangga dengan kebolehan beliau dan memberi cadangan kepada beliau untuk menubuhkan sebuah syarikat.

Cerita Ini sebenarnya telah di ambil dari sebuah buku yang berjudul”The parable of the Pipeline” Burke HedgesPekerjaan adalah fenomena yang sama seperti kisah Pablo dan Bruno tadi. Jika anda bekerja dengan memperdagangkan masa dan tenaga anda untuk wang, anda seumpama pergi ke kerja setiap hari untuk ”mengisi baldi” dengan wang.

Mendapat pekerjaan yang lebih baik tidak akan menyelesaikan masalah ini. Ia hanya umpama membawa baldi yang lebih besar! Sebaik sahaja anda berhenti kerja, maka anda tidak akan mendapat sebarang pendapatan.

Apakata kalau anda bertindak seperti Pablo. Menjadi orang bijak dengan membina saluran paip agar wang dapat senantiasa mengalir ke dalam hidup anda walaupun setelah anda berhenti bekerja?

Radio Sarawak Beb