Instaforex The Best Broker

The Best Broker Asia

Friday, May 15, 2009

Forex dan Pokok Getah

Pengalaman ini berlaku lebih 30 tahun dahulu. Ketika itu saya masih disekolah rendah. Saya selalu mengikut atok saya pergi menoreh getah. Saya masih ingat bagaimana atok saya bersiap sedia hendak pergi menoreh getah. Beliau akan keluar kehalaman rumahnya dahulu untuk melihat kelangit yang masih gelap. Dia akan menoleh-noleh sekeliling melihat keatas dan menghidu udara pagi. Selepas itu dia akan masuk dan bersiap kekebun.

Apa yang dilakukan tadi akan menjadi panduan kepadanya untuk bekerja pada hari itu. Samada dia akan menoreh untuk mendapat keping getah atau ojol sahaja. Samada dia akan menoreh sepenuh pagi atau terpaksa melakukan kerja lain kerana cuaca yang kurang memuaskan. Saya memang kagum dengan kebolehannya membaca ramalan cuaca untuk merancang kerjanya setiap hari. Kebolehana memerhati dan menilai keadaan alam semula jadi disekelilingnya. Apa yang dibacanya dari pemerhatiannya, menjadi panduan yang selalunya tepat. Namun ilmu dan kemahirannya itu tidak dapat saya pelajari. Saya hanya sempat belajar untuk mengagak hujan akan turun disebelah petang jika kelihatan petandanya apabila matahari terbit.

Apabila saya ceritakan pengalaman ini kepada anak-anak, mereka ketawakan sahaja. Apa susah-susah, ayah dengar ramalan TV atau radio sahajalah! Pakai jangkasuhu dan hygrometer pun boleh ramal! Anak-anak zaman merdeka sekarang ini memang susah hendak memahami keadaan susah dimasa dahulu. Manalah ada TV, radio, hygrometer tahun 50an!

Pengalaman ini menjadi sangat bermakna kepada saya dalam belajar "meramal" pergerakan forex. Bukan dengan melihat langit waktu suboh! Bukan! tetapi dengan menanamkan kegigihan belajar, menghayati, merasai, mengalami secara peribadi, secara langsung, dan menerima, melihat dan mengalami kesannya turun naik gerak harga forex setiap masa. Ketika ini, forex adalah serupa dengan menoreh getah zaman atok saya - tidak ada satu alat, satu teknik, satu cara, satu mekanisme untuk meramal forex pada sesuatu hari. Pergerakan forex yang kompleks yang kadang kala digelar random walk memang sukar hendak diramal dengan tepat. Jika ada orang yang mengaku bomoh forex dan boleh meramal harga forex, walau pun matanya biru dan rambut perang, eloklah berhati-hati dengan orang itu demi keselamatan duit kita.

Seperti juga atok saya meramal cuaca dengan melihat nature, mencari petanda-petanda yang ditunjukkan oleh alam semula jadi, pergerakan forex juga boleh ditelahkan atau dijangkakan dengan mentafsir petanda-petanda yang ditunjukkan secara natural. Bagaimanakah ini boleh dilakukan sedangkan forex dibuat dalam internet? Jawapannya terletak kepada siapakah yang menggerakkan forex. Bagaimanakah mereka-mereka ini menggerak forex. Sudah tentu mereka ini manusia, bukan binatang atau jin.. Dan bukankah manusia itu makhluk, sebahagian dari alam semula jadi, sebahagian dari nature? Dan telah ditetapkan bahawa setiap unsur kejadian alam semula jadi, tidak kira binatang, manusia atau jin, ada ketetapan dan hukumnya yang telah ditetapkan. Hukum alam inilah yang wajib dipelajari sebagaimana atok saya mempelajari hukum alam berkenaan cuaca. Ada hukum-hukum yang tersembunyi, ada yang telah diizinkan manusia mengorek rahsianya. Semuanya menjadi ilmu-ilmu wajib dalam bidang-bidang yang berkenaannya. Disinilah perlunya ilmu, kemahiran dan pengalaman penting dalam forex.

Kesimpulannya, dalam forex ini tidak ada jalan pintas dan cepat. Jika ingin jadi forex trader, kenalah belajar dengan betul dan berdisiplin. Walau pun memakan masa lama, tetapi kemahiran yang dipelajari dengan sabar akan bermenafaat selagi kita masih hidup sihat walafiat.

Radio Sarawak Beb